Saturday 28 July 2012

di”. “dalam”, dan “di dalam”. Bagaimanakah Cara Penggunaannya Yang Betul?

Dalam penggunaan bahasa Melayu hari ini, kita kadang-kadang tersilap meletakkan kata sendi “di” di tempat “dalam”, dan frasa sendi “di dalam” pada tempat kata sendi “dalam”. Kesilapan ini berlaku kerana kekeliruan tentang fungsi kata sendi dan frasa sendi tersebut.
A.       Di bawah ini diperturunkan contoh-contoh kesilapan penggunaan kata sendi “di” di tempat “dalam”.

SALAH
BETUL

a.       Beliau memiiliki sarjana di bidang pengurusan perniagaan.
b.       Di  masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang sihat.
c.        Kanak-kanak bergembira di suasana hari raya yang mulia ini.


a.       Beliau memiiliki sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan.
b.       Dalam  masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang sihat.
c.        Kanak-kanak bergembira dalam suasana hari raya yang mulia ini.



Untuk makluman pembaca, kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya :
a.       Majlis itu diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.
b.       Mereka menunggu ketibaan tetamu kehormat di lapangan terbang.
c.        Pelajar itu menelaah pelajarannta di perpustakaan.
d.       Penderma darah mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.
e.       Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Pelajaran.
Kata sendi “dalam” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian “lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (sepertiiiiii perkara, peristriwa hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya). Mari kita amati bersama-sama contoh penggunaan kata sendi “dalam” dalam ayat-ayat yang berikut :
a.       Dalam hal ini, kita semua setuju.
b.       Sebagai rakyat Malaysia, kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu.
c.        Masaalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.
d.       Karim tidak terlibat dalam urusan perniagaan bapanya.
e.       Beliau merupakan contoh belia yang aktif dalam pelbagai kegiatan kebajikan.


B.       Walau bagaimanapun, kesilapan selalu berlaku apabila di tempat yang sepatutnya digunakan kata sendi “dalam”, frasa sendi “di dalam” (iaiyu rangkaian kata sendi “di” dan kata nama arah “dalam”) digunakan. Contoh :

SALAH
BETUL

a.       … terdapat bahagian yang terlibat di dalam penggunaan istilah …
b.       Beliau sering dijemput di dalam beberapa seminar …
c.        … sudah dididik di dalam bahasa Melayu…


a.       … terdapat bahagian yang terlibat dalam penggunaan istilah …
b.       Beliau sering dijemput dalam beberapa seminar …
c.        … sudah dididik dalam bahasa Melayu…



Penggunaan frasa sendi “di dalam” yang betul adalah seperti ayat-ayat contoh yang berikut :
a.       Semua peserta berkumpul di dalam dewan.
b.       Pengembaraan itu sesat di dalam hutan.
c.        Semua surat dan laporan berhubung dengan perkara itu disimpan di dalam fail khas.

1 comment:

  1. Best Casino Apps 2021 - Dr.MCD
    Top 7 Best Casino Apps for Android 김해 출장안마 · 안양 출장마사지 Casino: 888 Casino · 논산 출장안마 Jackpot City: Casino.com · Sloto Cash: Casino 영천 출장안마 · Golden Nugget 양주 출장샵 Casino.

    ReplyDelete