Saturday 28 July 2012

Kesilapan Penggunaan Kata Bilangan

Perkataan seperti lima, sepuluh, seratus, lima ribu, smua, segala, sejumlah, beberapa, sekalian, seluruh, sebilangan, berabad-abd, berkotak-kotak, masing-masing, setiap, setengah-setengah, dan sebagainya tergolong dalam kata bilangan yang menunjukkan jamak atau banyak.
Biasanya dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi bahasa Melayu.
Lantas,melalui penulisan kali ini, Munsyi akan menunjukkan kesilapan yang sering kita lakukan dalam penggunaan kata bilangan berserta contoh-contoh penggunaannya yang betul.
(a)     Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti kata bilangan

SALAH
BETUL

Banyak organisasi-organisasi
Banyak perkara-perkara
Beberapa orang peminat-peminat
Empat unsure-unsur berikut
Kesemua agenda-agenda
Ramai pengguna-pengguna
Semua surat-surat
Setiap masalah-masalah


Banyak organisasi
Banyak perkara
Beberapa orang peminat
Empat unsur berikut
Kesemua agenda
Ramai pengguna
Semua surat
Setiap masalah



(b)      Kesilapan dalam membentuk kata bilangan
SALAH
BETUL

Antara kedua tugas
Berbagai bidag
Berbagai isu-isu
Di kedua buah negara
Merangkumi berbagai kegiatan
Para-para petugas
Setengah koperasi
Setiap satu tugas
Tiap usaha


Antara kedua-dua  tugas
Berbagai-bagai  bidag
Berbagai-bagai isu-isu
Di kedua-dua buah negara
Merangkumi berbagai-bagai kegiatan
Para  petugas
Sesetengah koperasi
Setiap tugas
Setiap usaha/Tiap-tiap usaha







(c)     Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang bermaksud kumpulan

Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu yang bermakna “kumpulan” atau “banyak”, iaitu yang melibatkan orang, benda, unsure, perkara, dan sebagainya yang lebih daripada satu. Oleh itu, kita tidak perlu menggandakan perkataan yang mengikutinya.

SALAH
BETUL

Antara maklumat-maklumat
Antologi cerpen-cerpen
Barisan pemain-pemain
Daftar pengundi-pengundi
Deretan kedai-kedai
Dalam kalangan tokoh-tokoh


Antara maklumat
Antologi cerpen
Barisan pemain
Daftar pengundi
Deretan kedai
Dalam kalangan tokoh




(d)     Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang berimbuhan se- atau berkata bilangan satu yang bermaksud kumpulan.

Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang berawalan se- (yang bermakna satu) atau perkataan yang berangkai dengan kata bilangan satu yang menandungi makna kumpulan atau mengandungi unit lebih daripada satu di dalamnya. Oleh itu, kata yang mengikutinya tidak perlu digandakan.

SALAH
BETUL

Sebahagian daripada peneroka-peneroka
Sebaris rumah-rumah
Sebanyak pelajar-pelajar di sekolah itu
Sebilangan ahli-ahli
Segelintir daripada pemohon-pemohon
Sejambak bunga-bungaan
Sekandang lembu-lembu
Sekawan burung-burung
Seramai lima orang pekerja-pekerja


Sebahagian daripada peneroka
Sebaris rumah
Sebanyak pelajar di sekolah itu
Sebilangan ahli
Segelintir daripada pemohon
Sejambak bunga
Sekandang lembu
Sekawan burung
Seramai lima orang pekerja



No comments:

Post a Comment