Saturday, 28 July 2012

Justeru – Penanda Wacana atau Kata Hubung?

Semasa berhadapan dengan guru-guru Bahasa Melayu dalam beberapa sesi ceramah, Munsyi sampaikan. Ada antara mereka yang masih keliru dengan penggunaan kata justeru sama ada dalam lisan atau penulisan. Kekeliruan ini berpunca daripada penggunaan kata ini sebagai penanda wacana yang mereka anggap sebagai sudah mantap. Hal ini semakin mengelirukan apabila terdapat pelbagai versi tentang makna kata ini yang dihuraikan ioleh sesetengahj ahli bahasa. Untuk mengatasi kekusutan yang dihadapi oleh mereka, Munsyi berpendapat cara terbaik adalah dengan merujuk kepada Kamus Dewan atau Kamus Pelajar
Selain itu, kebanyakan pengguna bahasa menganggap justeru bermaksud oleh itu yang tergolong sebagai penanda wacana atau perangkai ayat. Tujuan penggunaannya adalah supaya dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan antara satu idea dengan idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan memantapkan hasil penulisan tersebut selain dapat membuat perkaitan antara ayat dengan ayat, mahupun perenggan dengan perenggan. Hal yang demikian ini jelas ketara dalam penulisan berita atau rencana seperti dalam contoh-contoh di bawah :
(a)     Kaedaan itu berlaku berikutan wujudnya beberapa selekoh tajam yang mengelirukan pemandu, di samping kurang papan tanda di Kilometer 11.2 Lebuh Raya Besraya berhampiran kawasan perumahan berkenaan. Justeru, penduduk meminta kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menaikkan taraf jalan serta memasang tanda amaran di sepanjang laluan berkenaan. (Berita Harian, 18 Ogos 2005).

(b)     Seni Rupa Tradisional Aceh setelah Masuk Islam dikatakan banyak diperturunkan kepada pakaian. Batu nisan, dan seni bina serta lebih cenderung kepada motif hiasan yang tidak mengambil kira bentuk figura atau makhluk yang bernyawa. Justeru, motif flora dan fauna adal;ah motif lazim dalam seni rupa Aceh period ini serta paling banyak dapat .. (Berita Harian, 20 Ogos, 2005)

(c)     Selain itu beberapa agensi antarabangsa seperti International Plant Genetics Research Institute (PGRI) … boleh memanfaatkan bersama bagi menggerakkan pertanian negara dan serantau. Justeru, penubuhan Agropolis Serdang ini apabila beroperasi sepenuhnya akan dapat mengubah wajah pertanian. (Utusan Malaysia, 3 Ogos 2005).

Sebenarnya, penggunaan justeru dalam ketiga-tiga petikan berita di atas, bukan bermaksud penada wacana. Hal ini demikian kerana menurut Kamus Dewan, 2005 : 647, justeru bermaksud :
1.       Kebetulan, tepat, kena benar seperti dalam ayat contoh di bawah :
·         Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?

2.       Malahan, bahkan seperti dalam ayat contoh di bawah :
·         Saya tidak pernah mengkhianatinya, justeru saya sering membantunya ketika dia dalam kesusahan.
·         Tindakan mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, justeru melanggar adab susila orang-orang timur.
Berdasarkan kedua-dua contoh ayatini, jelas membuktikan penggunaan justeru pada pangkal; ayat sebagai penanda wacana dalam ayat-ayat bahasa Melayu tidak gramatis. Semoga dengan huraian yang telah Munsyi paparkan kali ini akan memperjelas tentang penggunaan kata justeru dalam bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment