Saturday, 28 July 2012

Kawat atau kawad?

Semasa menghadiri Kursus Teknik Jurulatih Pengakap Kebangsaan/Antarabangsa di IPG Kampus Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) di Kuala Lipis, Munsyi terpandang perkataan “kawad kaki” tertera dalam buku program yang telah disediakan oleh pihak pengajur sebagai salah satu latihan yang wajib diikuti oleh para peserta. Oleh sebab yakin dengan kesilapan pada ejaan “kawad”, Munsyi segera menegur secara diplomasi dengan harapan tidak menyinggung mana-mana pihak. Malangnya, teguran Munsyi telah disalahertikan, kononnya dikatakan hendak menunjuk pandai walaupun Munsyi mendapat sokongan daripada jurulatih yang terdiri daripada pensyarah Bahasa Melayu. Alasan yang mereka berikan, istilah “kawad” lazim diguna pakai oleh pihak tentera dan polis yang bermaksud berbaris atau berjalan dengan rentak yang sama. Namun, Munsyi tetap berpegang kepada prinsip penggunaan istilah yang betul seperti yang disarankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan merujuk kepada beberapa buah kamus terbitannya, Munsyi yakin, Munsyi berada pada pihak yang betul. Semua kamus yang berkenaan ada mencatat perkataan “kawat” tidak ada pula catatan tentang perkataan “kawad”. Semua kamus tersebut ada mencatatkan dan mengghuraikan makna perkataan “kawat” tetapi tiada ditemukan catatan dan huraian tentang makna perkataan “kawad”. Yang berikut ialah makna atau huraian perkataan “kawat” seperti yang dicatatkan dalam Kamus Dewan (2004:499-500).
Kawat 1  :  1. Tali yang dibuat daripada logam (seperti tembaga dan lain-lain)
                  2. berita
                   Daripada kata dasar “kawat” ini terbit pula kata terbitan atau frasa seperti surat kawat (telegram), kawat
                   duri, kawat jarring, kawat mata punai, kawat panahan dan sebagainya. Kata kerja terbitan
                   “mengawatkan” bermaksud mengirimkan berita dan lain-lain dengan telegram.

Kawat 11 : berkawat : berbaris atau berjalan dengan rentak yang sama (berkenaan polis, tentera dll.)

2 comments:

  1. Menurut DBP online,perkataan yang betul adalah KAWAD merujuk kepada perbarisan...Sila rujuk kamus DBP yang terbaru..Kamus anda versi lama..beli la kamus terbaru...Bahasa itu berkembang...Kalau tidak mampu, cek online...Saya ada kamus DBP yang lama mengatakan BERBEDA itu salah....sepatutnya BERBEZA... tetapi disebabkan ramai menteri termasuk menteri pendidikan DS Muhyiddin Yassin selalu menyebut berbeda macam orang Indon...maka DBP terpaksa memasukannya dalam entri terbaru menghalalkan penggunaannya. - Joe, Jabatan Inggeris, Universiti Malaya

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas penjelasan. Memang mengelirukan.

    ReplyDelete